Monday, July 20, 2009

perempuan

boleh pening kepala bila memikirkan ttg 2 cerita kawan aku ni.

kisah 1 :
dulu dia ni beriya-iya bercerai dgn suaminya. habis je edah terus kahwin dgn suami org beranak 7. puas aku dan kawan2 lain nasihat supaya bawa bertenang, jangan terburu2 ikut hati. semuanya tak menjejaskan hatinya yg tengah bergelora sayang @ cinta dan sebagainyalah. sayang sgt dgn lelaki beranak 7 itu. dia baik. dia alim dan berbagai pujian lagilah. 7 bulan berlalu, tiba2 aku dapat sms dari kawan aku ni. 'aku tak sepatutnya berkahwin lain bila suami aku ceraikan aku dulu'..eh pulak, apa dah jadi ni? rupanya dia tak tahan hidup bermadu!! ye lah mana tak nya, berbelas tahun hidup berkongsi kasih dengan suami dan seorang anak. tiba2 berubah kepada suami baru dan kehidupan berkongsi kasih 8 org, isteri pertama lelaki itu dan 7 org anaknya. siapa yg boleh terima perubahan mendadak tu tanpa banyak masalah. aku faham itu. aku bukan nak mengata kaum sejenis aku, tapi inilah kenyataannya. bertindak ikut hati. ye aku mengakuinya. itulah perempuan. aku tidak mengatakan aku tidak terkecuali. aku berdoa supaya perempuan2 yg sudah berkahwin, jagalah pandangan mata dan tingkah laku anda di tempat kerja kerana silap langkah boleh terperangkap dgn halwa nafsu sendiri yg akhirnya tidak mendatangkan kesenangan kpd diri. terimalah suami yg mengahwini anda seadanya. bersyukur anda dikahwini. ramai lagi perempuan yg mungkin lebih baik budi dari anda hidup tidak bersuami. redha allah pada kita akan membawa rahmat dalam kehidupan seorang perempuan isteri

kisah 2:
2 tahun berhempas pulas turun naik mahkamah untuk dapatkan hak jagaan 2 anaknya. akhirnya keputusan berpihak kepadanya dgn bekas suami mendapat hak melawat dan kena bayar nafkah bulanan kepada 2 org anak2nya itu. tup2 aku dapat sms, hati dh tak gembira kerana si anak buat masalah di sekolah. cikgu panggil kawan aku ini ke sekolah. terus mengeluh, duit ringgit tak bermakna. sekadar bagi duit tapi tak peduli langsung hal anak2. aku tahu dia tak puashati dgn bekas suaminya itu yg memang sedari dulu jenis yg tak bertanggungjawab dan ambil berat hal anak2. bagi aku, inilah kenyataan dan cabaran sebagai ibu tunggal. selepas dh dapat hak menjaga 2 anaknya aku tak rasa kawan aku ni perlu mengeluh dan sakit hati kat bekas suaminya itu. bagi aku dia sebaliknya kena sahut cabaran dan menangani segala permasaalahan dgn waras dan matang. menurutnya bekas suaminya itu mmg tak elok perangainya. so bagi aku apa diharapkan lagi padanya. dia tak miss bagi duit bulan2 tu dah cukup bagus. kalau bekas suami tiba2 ambil berat, terima itu sebagai bonus. bagi aku since dulu kawan aku ni beriya2 turun naik mahkamah utk dapatkan hak jagaan, dia sepatutnya dari saat itu kena bersedia utk sahut segala dugaan dan cabaran menjaga anak2nya. kerana itu yg dia mahukan. jika tidak buat apa nak buang karen turun naik mahkamah. aku tau bukan senang nak berdiri seorang diri tapi aku rasa ramai lagi ibu tunggal yg susah dari kawan aku ni bangkit menjadi ibu dan ayah kepada anak2 selepas ditinggalkan suami. ramai yg berjaya dan ada juga yg kandas. so aku doakan kawan aku ni tabah dan redha dgn segala ketentuanNya. ada rahmat allah yg tak diketahui. sinarnya pasti akan datang...

No comments:

Post a Comment