Monday, February 7, 2011

luahan rasa

Sepanjang cuti raya cina baru ni, aku mmg tiada mood bila mendengar cerita adik aku dh ada rakan telefon. Someone at her office yg kenalkan. Walaupun tak tahu apa sudahnya perkenalan mereka tapi aku tetap sedih. Kenapa cerita aku tak jd begitu?

Lepas tu pulak, aku dapat tahu kawan aku yg muda 6 tahun dari aku dan dah menjanda hampir 7,8 tahun akan kawin tahun ni, dia yg bagitau aku sendiri. Kawan lama dia yg kenalkan abangnya yg baru menduda dgn kawan aku ini. Nah, satu tamparan lagi utk aku..why she, not me?

aku tau tak semua yg kita nak, kita dapat. Aku dah bosan dgr kata2 to stay positif n so on. Saat ini aku nak luahkan apa yg aku rasa. Aku rasa sedih dan spt terasing. Kenapa tiada lelaki yg jatuh cinta dgn aku. Teruk sgt kah aku ni. Tiada daya penarik langsung kah aku ini. Atau pun pemalu sgt aku ni, tak reti bersosial?? Only allah swt knows.

Hari ni aku dapat tau pula, sorang kawan aku yg kawin kali ke2 dan rumah tangga barunya selalu berantakan is 5 weeks pregnant. Aku tak tau apa kesudahan kandungannya tu tapi ada juga dia, darah dagingnya sendiri

Aku? Aku masih tiada teman hidup dan masih tiada darah daging sendiri. Apa kesudahannya cerita hidup aku ni? Rasa jealous dan sedih sgt kuat dlm diri aku ni. Aku masuk satu laman sosial cari jodoh ni konon nak cari jodoh, pun tiada apa2 yg menarik berlaku. Aku ni seolah2 spt tiada yg nampak. Wujud tapi tak dirasai org sekeliling!

Aku tekad nak pi mekah tahun ni menunaikan haji. Aku nak mulakan hidup baru. Tak mau terlalu memikirkan hal jodoh ini hingga hilang fokus kenapa aku hidup dan semua yg sewaktu dgnnya. Balik mekah aku nak bekerja sendiri sahaja. Dah sampai masa aku lupakan kerja makan gaji. Yg byk sgt shake hand nya dgn bukan muhrim dan byk sgt bagi aku lalai tunai solat. Byk solat aku di tempat kerja yg sekadar buat tangkap muat. Yeh org pasti kata itu atas kita tapi aku nak letak titik noktah. Aku ni insan yg lemah imannya, utk nk jadi muslim yg baik, patuh pada arahanNya. Aku sanggup tinggalkan hal dunia yg dah lama kau jd hamba, rela hidp bersederhana sekadar yg cukup asal aku boleh jadi hambaNya yg soleh.

Ya allah tabahkan hati aku ini, murahkanlah rezeki aku dgn kerja yg sesuai dgn aku, jauhkan aku dari sifat lalai dan ingat dunia. Dan jika ini yg terbaik utk aku temukanlah jodoh aku dgn org yg baik2. amin.

Sunday, September 12, 2010

letter to ida

ida,

ketahuilah aku benci engkau. bagi aku kau sgt pentingkan diri sendiri shj. apa yg kau kisah hanya yg berkaitan dgn engkau. kalau ada org yg dapat kecelakaan tp masih boleh diselamatkan tp kalau dgn kau mungkin org tu akan mati. pasal kau jenis yg boleh tengok saja tanpa ada rasa nak bantu permudahkan. byk dah kejadian yg jd depan mata aku. contoh ketara, bila mak dok belakang nak keluar kereta aku, kau boleh tengok saja mak terbongkok, terkial2 nak tarik kerusi. kain tersangkut kat tempat duduk pun boleh saja kau tengok. kalau aku tak jerit minta kau tarik kerusi depan. mmg sah kau akan tengok mak tersadung ke depan pasal kainnya tersangkut. mmg kau tidak bertimbangrasa. kau tak pernah peduli mak penat kat dapur kah? tingkap nak tutup bila dah nak malam. selagi tak suruh tak buat. kot2 nak angkat kain bila dah petang ke. selagi tak suruh tak buat. apa yg kau kisah, lapar masak maggi. asal pukul 11pg ke atas mulalah naik atas tidur. bangun tidur mandi dan tengok tv. itu aktiviti tetap hujung minggu kau. bangun tidur, lapar masak maggi. kau tak pernah peduli nak tolong sapu rumah ke, lap apa yg patut kat dapur tu. hanya basuh pinggan kau sahaja. itu pun kadang tak bersih. kalau pinggan org lain dlm sink. jgn haraplah kau nak ringan tulang nak basuh. selagi tak disuruh. pasal kena suruh mulalah buat kerja ambil syarat saja. basuh pinggan tak bersih, sapu lantai ambil di tengah2 je. tepi dinding bawah meja kau tak sapu. aku mmg bencilah kat kau. sgt sgt. aku tak tau la apa nak jadi kalau mak dah tiada nanti. siapa lah yg nak layan kau lagi. tiada org yg nak masak utk kau, buang sampah untuk kau, tolong control duit ringgit kau supaya tak beli benda2 yg mengarut, kau ni jenis yg semua yg masuk iklan kat tv tu bagus! mudah betul kau ditipu. aku benci sgt2 perangai kau yg tak bertanggungjawab, tiada timbang rasa, asyik fikir kau saja. satu lagi aku pantang sgt bila kau ajak mak pi pekan ahad. ida, fahamilah mak kita dah 61 tahun, dah tua. kudrat dah kurang tapi masih lagi nak layan kerenah kau yg kadang2 macam budak kecik nak itu nak ini. satu lagi suka sgt benda mekcet yg entah apa2. patutnya dgn umur kau tu dah tak macam tu. kadang aku fikir kau jd macam tu pasal mak layan kau sgt. mmg la mak 9dan ayah) selalu marah kau tp mak juga yg fikir dan buatkan sesuatu utk kau. mungkin pasal dia fikir kau ni tak pandai mcm org lain dlm rumah ni. tp bg aku kau ni bukan tak pandai tp dah naik lemak pasal ada org layan kehendak kau. aku percaya kau ni kalau di ajar dgn betul banyak benda kau boleh buat. cumanya kau malas dan degil. dan dah lama naik lemak!!

Friday, March 5, 2010

hari ini dalam sejarah

hari ni dalam sejarah! tadi lepas makan malam aku timbang berat...alamak 50kg. lama aku tak timbang. adalah dalam 2 tahun aku tak timbang berat badan. tak pernah seumur hidup aku berat mencecah genap angka 50...selama ni kekal di angka 4 sahaja. aku jadi sedikit tergugat dan risau. inikah petanda aku nak mula naiik badan? mak aku cakap tak nampak perubahan apa pun. eloklah naik kilo sikit dari kurus cengkung..(mana ada cengkung) aku akui tak senaman hampir 5 tahun dah. ..tinggalkan aktiviti jogging di hujung minggu. nampaknya aku kena mula balik...esok hari pertama jogging aku selepas 5 tahun 'terlena'. aku janji janji janji pada diri aku. aku nak balik ke berat asal aku 47kg.

Friday, November 20, 2009

sayu aka jiwa kacau

aku tak tau org lain bagaimana tapi aku mmg pantang sgt kalau dipaksa buat benda yg aku mmg tak suka nak buat. contohnya ayah aku call dari masjid suruh hantar gula dan kopi ke masjid. walaupun benda tu tiada apa bg setengah org tapi aku tak suka. tak suka kerana bila aku kena tonjolkan muka aku ni didepan kaum lelaki (walaupun mereka tu kawan2 ayah aku, pangkat pakcik dgn aku) sebenarnya sambil memandu ke masjid aku rasa marah dan macam nak nangis pun ada. kenapa aku diperlakukan seperti kanak2 je. walhal umur aku ni aku rasa berhak mendapat sedikit penghormatan sebagai individu dewasa. walaupun ia dari ayah aku sendiri. aku bukan lagi anak kecil yg boleh disuruh hantar itu ini. tengok tempatlah kalau nak suruh aku buat itu ini pun. aku terfikir adakah kawan2 ayah aku ada menyuruh anak perempuan mereka yg masih belum berkahwin menghantar sesuatu kepada mereka di masjid. masjid di kampung bukanlah besar mana. sementara menunggu waktu masuk, jemaah lelaki akan berkumpul diluar kaki lima masjid sambil bersembang apa yg patut, bayangkan semasa kereta aku masuk ke kawasan masjid pun semua mata dah memandang. pandangan tak putus kat situ sahaja seterusnya mereka dapat melihat aku yg keluar menjinjing beg plastik berisi gula dan kopi. malunya aku rasa seperti telanjang tak pakai baju bila diperhatikan! aku memang tengah marah ni. cara aku melepaskan rasa marah ini ialah dengan cara meluahkan perasaan aku yg sedang tak tenteram ini di sini.

dah la aku ditempat kerja tak berapa nak tenteram. fikiran aku berfikir2 bagaimana untuk bercakap seorang lelaki ni (pangkat adik dengan aku) yg dulu pernah offer diri untuk pergi bercuti dengan bersama. aku dah nak berhenti dari majikan sekarang jadi aku nak sangat sebelum aku pergi ke tempat kerja baru, aku nak ajak dia keluar makan bersama. bukanlah aku nak mencurahkan perasaan atau apa tapi aku nak buat sesuatu sebagai tanda yg aku suka dan senang dgn cara dia yg itu. ditempat kerja kami tak sempat nak bersembang perkara selain dari bab kerja. tujuan aku nak ajak dia keluar bersama adalah untuk kenal lebih rapat dengannya secara peribadi. aku menghargai cara dia pelawa diri untuk teman aku pergi bercuti. sebenarnya aku suka saat itu. tak pernah dalam hidup aku seorg lelaki pelawa dirinya untuk temankan aku pergi bercuti. walaupun rancangan untuk bercuti itu tak jadi tapi aku tetap menghargainya. bg aku itu antara ciri dia ikhlas berkawan. dia tak takut atau malu dgn pandangan org bila dia berjalan denagn seorang perempuan yg lebih tua darinya. mulut aku mmg kelu sgt nak ajak. tak pernh aku buat. walaupun berkali2 aku pujuk diri utk jd selamba kodok mengajaknya, tapi aku tak terkeluar dan tak tau bagaimana nak bertindak. huhh inilah aku dan kehidupan...

Monday, July 20, 2009

perempuan

boleh pening kepala bila memikirkan ttg 2 cerita kawan aku ni.

kisah 1 :
dulu dia ni beriya-iya bercerai dgn suaminya. habis je edah terus kahwin dgn suami org beranak 7. puas aku dan kawan2 lain nasihat supaya bawa bertenang, jangan terburu2 ikut hati. semuanya tak menjejaskan hatinya yg tengah bergelora sayang @ cinta dan sebagainyalah. sayang sgt dgn lelaki beranak 7 itu. dia baik. dia alim dan berbagai pujian lagilah. 7 bulan berlalu, tiba2 aku dapat sms dari kawan aku ni. 'aku tak sepatutnya berkahwin lain bila suami aku ceraikan aku dulu'..eh pulak, apa dah jadi ni? rupanya dia tak tahan hidup bermadu!! ye lah mana tak nya, berbelas tahun hidup berkongsi kasih dengan suami dan seorang anak. tiba2 berubah kepada suami baru dan kehidupan berkongsi kasih 8 org, isteri pertama lelaki itu dan 7 org anaknya. siapa yg boleh terima perubahan mendadak tu tanpa banyak masalah. aku faham itu. aku bukan nak mengata kaum sejenis aku, tapi inilah kenyataannya. bertindak ikut hati. ye aku mengakuinya. itulah perempuan. aku tidak mengatakan aku tidak terkecuali. aku berdoa supaya perempuan2 yg sudah berkahwin, jagalah pandangan mata dan tingkah laku anda di tempat kerja kerana silap langkah boleh terperangkap dgn halwa nafsu sendiri yg akhirnya tidak mendatangkan kesenangan kpd diri. terimalah suami yg mengahwini anda seadanya. bersyukur anda dikahwini. ramai lagi perempuan yg mungkin lebih baik budi dari anda hidup tidak bersuami. redha allah pada kita akan membawa rahmat dalam kehidupan seorang perempuan isteri

kisah 2:
2 tahun berhempas pulas turun naik mahkamah untuk dapatkan hak jagaan 2 anaknya. akhirnya keputusan berpihak kepadanya dgn bekas suami mendapat hak melawat dan kena bayar nafkah bulanan kepada 2 org anak2nya itu. tup2 aku dapat sms, hati dh tak gembira kerana si anak buat masalah di sekolah. cikgu panggil kawan aku ini ke sekolah. terus mengeluh, duit ringgit tak bermakna. sekadar bagi duit tapi tak peduli langsung hal anak2. aku tahu dia tak puashati dgn bekas suaminya itu yg memang sedari dulu jenis yg tak bertanggungjawab dan ambil berat hal anak2. bagi aku, inilah kenyataan dan cabaran sebagai ibu tunggal. selepas dh dapat hak menjaga 2 anaknya aku tak rasa kawan aku ni perlu mengeluh dan sakit hati kat bekas suaminya itu. bagi aku dia sebaliknya kena sahut cabaran dan menangani segala permasaalahan dgn waras dan matang. menurutnya bekas suaminya itu mmg tak elok perangainya. so bagi aku apa diharapkan lagi padanya. dia tak miss bagi duit bulan2 tu dah cukup bagus. kalau bekas suami tiba2 ambil berat, terima itu sebagai bonus. bagi aku since dulu kawan aku ni beriya2 turun naik mahkamah utk dapatkan hak jagaan, dia sepatutnya dari saat itu kena bersedia utk sahut segala dugaan dan cabaran menjaga anak2nya. kerana itu yg dia mahukan. jika tidak buat apa nak buang karen turun naik mahkamah. aku tau bukan senang nak berdiri seorang diri tapi aku rasa ramai lagi ibu tunggal yg susah dari kawan aku ni bangkit menjadi ibu dan ayah kepada anak2 selepas ditinggalkan suami. ramai yg berjaya dan ada juga yg kandas. so aku doakan kawan aku ni tabah dan redha dgn segala ketentuanNya. ada rahmat allah yg tak diketahui. sinarnya pasti akan datang...

Saturday, June 20, 2009

mereng

diri aku sekarang ini tengah mereng. aku benci diri aku yang mereng ini. rasanya dah satu bulan lebih aku dok mereng kat sorang mamat ni. dia muda banyak dari aku. kenapalah aku asyik dok terfikir pasal dia. berilusi yang dia tu boyfriend yg akan jd suami aku. mcmlah kami bercinta. walhal satu habuk pun tak dak apa2. betul2 tak masuk akal tp inilah yg terjadi.

semuanya bermula di pejabat tengahari tu. bila aku kata aku nak surf internet cari tempat bercuti. dia suggest untuk ke sabah atau sarawak. aku secara spontan jawab, tiada kawan nak pergi. terus dia offer diri, "jom kita pi dua". percakapan kami terhenti di situ pasal aku memang anggap dia tak serius. 3 minggu kemudian, memo syarikat kami keluar, akan shutdown 2 hari. campur sabtu, ahad. jadi 4 hari. terus aku email dia tanya, ttg apa yg dia ckp kat aku tempohari. dia kata, dia mmg serius nak pergi berdua dgn aku. gedebak gedebuk aku surf cari flight ticket and lodging, semua mcm tak ok pasal plan last minit mmg selalunya tak ok lah. akhirnya aku amik keputusan tak jadi pergi pasal kos yg mahal. tiket flight promosi semua dah sold out. aku email dia bgtau keputusan aku ini. dan aku ada cakap sendiri dgn dia ttg ini dan dia pun kata, ya lah dia pun dah lari budget. keta dia ada problem lagipun masa tu banyak kenduri. aku pun kata, plan tu aku tangguh ke hujung tahun ni. tanya samada dia nak join ke tak, kalau dia nak join bg tarikh kat aku supaya senang aku nak book flight ticket dll. dia kata akan dipertimbangkan nanti. komunikasi terhenti setakat itu.

sejak itu kami tak pernah lagi sebut pasal percutian itu. tp masalahnya aku mcm kena badi, aku asyik terfikir pasal dia. kat tempat kerja pun aku dah rasa aku tak jadi diri sendiri. kalau bercakap dgn dia pun mcm teragak2 nk susun kata atau ayat. percakapan pun jd kaku. tiada lagi perasaan relax utk berckp sesuka hati aku seperti sebelum ini. akupun seboleh2nya macam mengelak jer dari bercakap dengannya. walaupun berulang kali aku kata kat diri aku sendiri supaya melupakan (bisikan syaitan yg dlm bentuk) ingatan aku pdnya itu utk jadi diri aku yg sebenar "sedarlah diri, dia tu muda byk, tak mungkin dia pandang kau utk jd gf dia, jalannya masih jauh nak ke depan. memang tak masuk akal" tapi aku masih tak dapat kikisnya 100%

parah betul la, aku akan terus cuba memadamkankan mereng aku ini..ya allah tolonglah bg petunjuk kepada hamba mu yg lemah ini.

Friday, May 8, 2009

kacau

aku lately terfikir tentang diri aku secara peribadi. makayah aku risaukan aku yang sampai sekarang masih single. aku tanya mak malam tadi, satu bebanankah jika aku tak berkahwin. aku kata, aku bekerja untuk sara diri sendiri. tak akan menyusahkan makayah aku. itu memang janji aku pada diri sendiri sejak tamat belajar dan itu jugalah yang aku dah lakukan selama ini. jika aku susah, aku akan pikul sendiri, tak akan menyusahkan mereka. cukuplah mereka dah membesarkan aku dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang. mak aku kata bukan apa, mereka risau aku tiada teman hidup. masa sekarang ni aku masih muda dan kuat, ok lah tapi nanti bila dah tua dan mereka dah tiada di muka bumi ni, aku akan dan boleh jadi sunyi.

berulang kali aku kata janganlah risaukan diri aku. akan aku fikirkan apa yang perlu dibuat jika incase aku tak kahwin. malah sejak 2 bulan sekarang ni pun aku dah terfikir nak ambil anak angkat. bukan baby tapi dalam linkungan umur 3 tahun so that aku tak perlu bersusah terkial seorang diri jika budak tu menangis malam atau apa-apa nanti. itu semua dah ada dalam kepala aku sekarang tunggu masa nak buat atau tidak. masalahnya aku masih terasuk oleh pemikiran yang datang sekali sekala, "umur aku masih dikira mampu melahirkan [harap tiada masalah lain] kenapa nak ambil anak angkat? aku hanya kena cari pasangan hidup". tapi itu memanglah sukar. dan sekali sekala terfikir pulak, ini semua dah tersurat dari aku dalam perut lagi bahawa jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki telah tertulis dariNya. kenapa perlu risau dan gundah gulana? walaupun aku sebenarnya taklah risau dan terlalu memikirkan sangat kecuali jika lihat muka makayah aku yang sedang menyembunyikan risau mereka itu tapi aku tahu...dapat baca.

banyak dah aku cuba kat internet, tak menjadi. semuanya main-main dan tidak serius. ada juga kawan perempuan yang cuba memperkenalkan aku dengan kawan suami mereka, pun macam tiada perkembanagn yang bagus. semua suam-suam kuku saja. sekadar teman biasa. walhal aku sebenarnya serius nak cari teman hidup. kadang-kadang aku rasa aku ni hanya sesuai berkawan biasa dengan orang lelaki dan bukan untuk dicintai kerana aku ramai kawan lelaki yang baik dengan aku. mereka ni dah berkahwin tapi masih anggap aku kawan mereka. aku boleh jadikan mereka tempat rujukan kalau ada apa-apa pertanyaan tentang sesuatu perkara. mungkinkah ini benar? aku tak sanggup nak mempercayainya benar kerana aku memang nak teman hidup. bosan tinggal seorang diri di rumah. hanya bercakap dengan dinding, komputer dan diri sendiri sahaja.

sementelah lagi aku ni pun pelik, jenis yang alaala selamba. juga jenis malas nak keluar dating kerap-kerap macam orang lain. mungkin tahap umur juga yang menyebabkan aku dah tak berapa nak gemar benda dating macam tu. dah tu kalau nak bergayut dengan no point sembang kosong pun aku tak berapa gemar. habis macamana ?