Saturday, June 20, 2009

mereng

diri aku sekarang ini tengah mereng. aku benci diri aku yang mereng ini. rasanya dah satu bulan lebih aku dok mereng kat sorang mamat ni. dia muda banyak dari aku. kenapalah aku asyik dok terfikir pasal dia. berilusi yang dia tu boyfriend yg akan jd suami aku. mcmlah kami bercinta. walhal satu habuk pun tak dak apa2. betul2 tak masuk akal tp inilah yg terjadi.

semuanya bermula di pejabat tengahari tu. bila aku kata aku nak surf internet cari tempat bercuti. dia suggest untuk ke sabah atau sarawak. aku secara spontan jawab, tiada kawan nak pergi. terus dia offer diri, "jom kita pi dua". percakapan kami terhenti di situ pasal aku memang anggap dia tak serius. 3 minggu kemudian, memo syarikat kami keluar, akan shutdown 2 hari. campur sabtu, ahad. jadi 4 hari. terus aku email dia tanya, ttg apa yg dia ckp kat aku tempohari. dia kata, dia mmg serius nak pergi berdua dgn aku. gedebak gedebuk aku surf cari flight ticket and lodging, semua mcm tak ok pasal plan last minit mmg selalunya tak ok lah. akhirnya aku amik keputusan tak jadi pergi pasal kos yg mahal. tiket flight promosi semua dah sold out. aku email dia bgtau keputusan aku ini. dan aku ada cakap sendiri dgn dia ttg ini dan dia pun kata, ya lah dia pun dah lari budget. keta dia ada problem lagipun masa tu banyak kenduri. aku pun kata, plan tu aku tangguh ke hujung tahun ni. tanya samada dia nak join ke tak, kalau dia nak join bg tarikh kat aku supaya senang aku nak book flight ticket dll. dia kata akan dipertimbangkan nanti. komunikasi terhenti setakat itu.

sejak itu kami tak pernah lagi sebut pasal percutian itu. tp masalahnya aku mcm kena badi, aku asyik terfikir pasal dia. kat tempat kerja pun aku dah rasa aku tak jadi diri sendiri. kalau bercakap dgn dia pun mcm teragak2 nk susun kata atau ayat. percakapan pun jd kaku. tiada lagi perasaan relax utk berckp sesuka hati aku seperti sebelum ini. akupun seboleh2nya macam mengelak jer dari bercakap dengannya. walaupun berulang kali aku kata kat diri aku sendiri supaya melupakan (bisikan syaitan yg dlm bentuk) ingatan aku pdnya itu utk jadi diri aku yg sebenar "sedarlah diri, dia tu muda byk, tak mungkin dia pandang kau utk jd gf dia, jalannya masih jauh nak ke depan. memang tak masuk akal" tapi aku masih tak dapat kikisnya 100%

parah betul la, aku akan terus cuba memadamkankan mereng aku ini..ya allah tolonglah bg petunjuk kepada hamba mu yg lemah ini.

No comments:

Post a Comment