Monday, February 7, 2011

luahan rasa

Sepanjang cuti raya cina baru ni, aku mmg tiada mood bila mendengar cerita adik aku dh ada rakan telefon. Someone at her office yg kenalkan. Walaupun tak tahu apa sudahnya perkenalan mereka tapi aku tetap sedih. Kenapa cerita aku tak jd begitu?

Lepas tu pulak, aku dapat tahu kawan aku yg muda 6 tahun dari aku dan dah menjanda hampir 7,8 tahun akan kawin tahun ni, dia yg bagitau aku sendiri. Kawan lama dia yg kenalkan abangnya yg baru menduda dgn kawan aku ini. Nah, satu tamparan lagi utk aku..why she, not me?

aku tau tak semua yg kita nak, kita dapat. Aku dah bosan dgr kata2 to stay positif n so on. Saat ini aku nak luahkan apa yg aku rasa. Aku rasa sedih dan spt terasing. Kenapa tiada lelaki yg jatuh cinta dgn aku. Teruk sgt kah aku ni. Tiada daya penarik langsung kah aku ini. Atau pun pemalu sgt aku ni, tak reti bersosial?? Only allah swt knows.

Hari ni aku dapat tau pula, sorang kawan aku yg kawin kali ke2 dan rumah tangga barunya selalu berantakan is 5 weeks pregnant. Aku tak tau apa kesudahan kandungannya tu tapi ada juga dia, darah dagingnya sendiri

Aku? Aku masih tiada teman hidup dan masih tiada darah daging sendiri. Apa kesudahannya cerita hidup aku ni? Rasa jealous dan sedih sgt kuat dlm diri aku ni. Aku masuk satu laman sosial cari jodoh ni konon nak cari jodoh, pun tiada apa2 yg menarik berlaku. Aku ni seolah2 spt tiada yg nampak. Wujud tapi tak dirasai org sekeliling!

Aku tekad nak pi mekah tahun ni menunaikan haji. Aku nak mulakan hidup baru. Tak mau terlalu memikirkan hal jodoh ini hingga hilang fokus kenapa aku hidup dan semua yg sewaktu dgnnya. Balik mekah aku nak bekerja sendiri sahaja. Dah sampai masa aku lupakan kerja makan gaji. Yg byk sgt shake hand nya dgn bukan muhrim dan byk sgt bagi aku lalai tunai solat. Byk solat aku di tempat kerja yg sekadar buat tangkap muat. Yeh org pasti kata itu atas kita tapi aku nak letak titik noktah. Aku ni insan yg lemah imannya, utk nk jadi muslim yg baik, patuh pada arahanNya. Aku sanggup tinggalkan hal dunia yg dah lama kau jd hamba, rela hidp bersederhana sekadar yg cukup asal aku boleh jadi hambaNya yg soleh.

Ya allah tabahkan hati aku ini, murahkanlah rezeki aku dgn kerja yg sesuai dgn aku, jauhkan aku dari sifat lalai dan ingat dunia. Dan jika ini yg terbaik utk aku temukanlah jodoh aku dgn org yg baik2. amin.