Friday, March 5, 2010

hari ini dalam sejarah

hari ni dalam sejarah! tadi lepas makan malam aku timbang berat...alamak 50kg. lama aku tak timbang. adalah dalam 2 tahun aku tak timbang berat badan. tak pernah seumur hidup aku berat mencecah genap angka 50...selama ni kekal di angka 4 sahaja. aku jadi sedikit tergugat dan risau. inikah petanda aku nak mula naiik badan? mak aku cakap tak nampak perubahan apa pun. eloklah naik kilo sikit dari kurus cengkung..(mana ada cengkung) aku akui tak senaman hampir 5 tahun dah. ..tinggalkan aktiviti jogging di hujung minggu. nampaknya aku kena mula balik...esok hari pertama jogging aku selepas 5 tahun 'terlena'. aku janji janji janji pada diri aku. aku nak balik ke berat asal aku 47kg.