Friday, May 8, 2009

kacau

aku lately terfikir tentang diri aku secara peribadi. makayah aku risaukan aku yang sampai sekarang masih single. aku tanya mak malam tadi, satu bebanankah jika aku tak berkahwin. aku kata, aku bekerja untuk sara diri sendiri. tak akan menyusahkan makayah aku. itu memang janji aku pada diri sendiri sejak tamat belajar dan itu jugalah yang aku dah lakukan selama ini. jika aku susah, aku akan pikul sendiri, tak akan menyusahkan mereka. cukuplah mereka dah membesarkan aku dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang. mak aku kata bukan apa, mereka risau aku tiada teman hidup. masa sekarang ni aku masih muda dan kuat, ok lah tapi nanti bila dah tua dan mereka dah tiada di muka bumi ni, aku akan dan boleh jadi sunyi.

berulang kali aku kata janganlah risaukan diri aku. akan aku fikirkan apa yang perlu dibuat jika incase aku tak kahwin. malah sejak 2 bulan sekarang ni pun aku dah terfikir nak ambil anak angkat. bukan baby tapi dalam linkungan umur 3 tahun so that aku tak perlu bersusah terkial seorang diri jika budak tu menangis malam atau apa-apa nanti. itu semua dah ada dalam kepala aku sekarang tunggu masa nak buat atau tidak. masalahnya aku masih terasuk oleh pemikiran yang datang sekali sekala, "umur aku masih dikira mampu melahirkan [harap tiada masalah lain] kenapa nak ambil anak angkat? aku hanya kena cari pasangan hidup". tapi itu memanglah sukar. dan sekali sekala terfikir pulak, ini semua dah tersurat dari aku dalam perut lagi bahawa jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki telah tertulis dariNya. kenapa perlu risau dan gundah gulana? walaupun aku sebenarnya taklah risau dan terlalu memikirkan sangat kecuali jika lihat muka makayah aku yang sedang menyembunyikan risau mereka itu tapi aku tahu...dapat baca.

banyak dah aku cuba kat internet, tak menjadi. semuanya main-main dan tidak serius. ada juga kawan perempuan yang cuba memperkenalkan aku dengan kawan suami mereka, pun macam tiada perkembanagn yang bagus. semua suam-suam kuku saja. sekadar teman biasa. walhal aku sebenarnya serius nak cari teman hidup. kadang-kadang aku rasa aku ni hanya sesuai berkawan biasa dengan orang lelaki dan bukan untuk dicintai kerana aku ramai kawan lelaki yang baik dengan aku. mereka ni dah berkahwin tapi masih anggap aku kawan mereka. aku boleh jadikan mereka tempat rujukan kalau ada apa-apa pertanyaan tentang sesuatu perkara. mungkinkah ini benar? aku tak sanggup nak mempercayainya benar kerana aku memang nak teman hidup. bosan tinggal seorang diri di rumah. hanya bercakap dengan dinding, komputer dan diri sendiri sahaja.

sementelah lagi aku ni pun pelik, jenis yang alaala selamba. juga jenis malas nak keluar dating kerap-kerap macam orang lain. mungkin tahap umur juga yang menyebabkan aku dah tak berapa nak gemar benda dating macam tu. dah tu kalau nak bergayut dengan no point sembang kosong pun aku tak berapa gemar. habis macamana ?