Friday, April 17, 2009

senyap

lama jugak aku senyap. kerja baruku ini menuntut perhatian yg banyak. bila balik rumah, aku rasa letih dan hanya ingin bermalasan depan tv atau dengar radio. oh ya utk makluman aku hanya blogging di rumah sahaja. 2 minggu lepas bos aku kata yg dia dah submit nama aku untuk training kelolaan customer syarikat aku bekerja. 15 hari. dan sememangnya aku dah pasang skrip nak tolak tapi bos aku ala2 paksa dgn menceritakan faedah yg aku akan dapat so kuli mcm aku ni, hanya mengiyakan sahajalah. walaupun dalam hati rasa mcm nk jerit memberontak, aku tak mahu la. rasa terbeban sangat. hingga satu ketika aku jd letih memikirkannya. aku hanya berserah pada tuhan. malas nak fikir. bila sampai waktu itu baru aku akan fikir dan buat apa yg sepatutnya. aku dh tak larat nak tension pasal mende tu. tup2 petang jumaat lepas kawan HR aku kata bos besar KIV kan. dia tak segera approve training request tu memandangkan training itu melibatkan kos yg tinggi...hmm leganya aku rasa. walaupun bukan muktamad batal tapi sekurang2nya bos besar dah ada tanda2 tak setuju. aku semakin percaya dan yakin, kalau kita melalui sesuatu dugaan dgn hati yg tenang pasti akan ada jalan keluar yg tak terfikir oleh akal fikiran akan terjadi!