Friday, January 23, 2009

from penang with love, dear

pagi ahad ni aku akan ke KL. memandu ditemani ani. [setelah puas memujuk n meyakinkan dia utk teman aku. semuanya kerana mak yg nak aku pergi berteman]. tujuan aku utk melawat my dear friend ina yg sedang menanggung sakit. dah lama. sejak 2006. menangis aku di kala mendapat tau sakitnya itu dulu. yg paling aku sedih sekali, ahad lepas bila aku bertanya khabarnya menerusi sms.

aku : salam ina apa khabar? still dok berubat kat trganu ka? apa perkembangan terbaru u?

dia : wslam kna. mkn chinese herb je. trganu tak gi dah. camni je lah. sakit macam dulu gak. bertahan je lah.

tiba2 aku sebak baca msg dia. tak tau kenapa. terus terlintas difikiran cuti raya cina ni aku nak melawat dia. selepas hampir 2 tahun aku tak berapa nak ambil tahu pasalnya dek kerana bz dengan study aku tu. alhamdulillah setelah 2 tahun weekend dihabiskan menghadiri kelas, belek buku n buat assignments. sekarang semuanya dah berlalu. inilah masa utk aku memperuntukkan masa utk mereka yg dekat di hati. temankan aku untuk segala tawa dan tangis.

Tuesday, January 20, 2009

yoyo

hidup macam yoyo
dengan keadaan yg pelbagai
diri positif, diri negatif
rasa seronok, rasa sedih
kadang jadi bodoh, kadang cerdik

hidup dan perasaan aku memang macam yoyo

Friday, January 2, 2009

muda atau tua?

tadi aku dengar ustaz ceramah pasal umur bersempena dgn tahun baru ini. katanya tingkah laku kita mestilah selari dgn umur. perlu memberi nasihat atau menjadi contoh tauladan yg baik kepada org yg lebih muda (dan juga yg lebih tua) disekeliling kita. katanya bagaimana utk memotivasikan diri supaya sebegitu, ingatlah MATI.

kata ustaz tu lagi definisi tua ada byk, mengikut 3 pendapat..

1. pendapat kementerian belia dan sukan
muda itu sehingga umur 40 tahun, selepas itu tua lah

2. ibnu qayyum
dr mula baligh (sekitar umur 12 tahun) hingga ke 35

3. pendapat org tua2
berdasarkan pengalaman hidup seseorg. umur 46 dikira masih muda jika dibandingkan dgn org yg masih hidup pd umur 70 tahun

so jadinya, aku ini apa...semakin berumur tp boleh kata yg berhati muda ;p

kenapa dia?

oh ya sempena bermulanya blog ni aku rasa aku perlu nyatakan siapakah dia dalam snapshot tu? itu adalah audrey hepburn bintang filem hollywood era 60,70an. aku sendiri tak tau byk sgt pasal dia. aku pernah tengok filem lama lakonan dia yg ditayangkan kat tv lama dulu. korang boleh surf sendiri kat internet for more details about her.

persoalannya, kenapa dia atau lebih tepat gambar itu?

1. kerana bentuk muka dia panjang mcm muka aku juga. meruncing ke dagu dgn pipi yg tak berapa timbul.
2. keningnya lebat mcm aku juga
3. bawah mata dia kat tepi hidung ada lekukan mcm aku juga
4. dia pakai head scarf (walaupun tak tutup habis macam aku pakai tudung)

walaupun muka kami tak sama (of course lah kan, dia orang putih aku orang melayu) tapi kami byk berkongsi features yg sama jadi aku rasa tepat sekalilah aku letakkan gambar dia sbg pengenalan diri aku.

happy new year

tahun ni 2009 n 1430H....aku dah melangkah ke umur yg dikira sepatutnya sgt matang n stabil dlm byk segi. yeah...ada la sikit2....apa ye yg aku dah capai?

1. aku dah jd debt free person sejak setahun yg lepas. awal tahun lepas aku dah settle segala hutang aku. walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yg besar dr simpanan aku.
2. aku dah tamatkan pembelajaran aku spt yg aku rancang dulu. nk sambung belajar pd umur ini demi mencabar otak/minda utk jd lebih tajam berfikir.
3. aku ada beberapa kawan rapat yg sgt memahami dan sentiasa memberi dorongan ke arah kebaikan
4. aku dah bertukar 6 tempat kerja sejak mula aku bekerja. rasanya mungkin akan bertukar kerja lagi kot...aku tak tau bila aku akan put the full stop of job hopping!

so tahun ni aku berazam utk settle down. walaupun buat masa ini aku takde calon tp azam aku..by end of this year aku nak hidup sbg isteri dan ibu pd anak yg tahfiz al quran...tak salah kan memasang azam sebegini? aku dah cukup bersedia utk menjadi semua itu.