Friday, January 23, 2009

from penang with love, dear

pagi ahad ni aku akan ke KL. memandu ditemani ani. [setelah puas memujuk n meyakinkan dia utk teman aku. semuanya kerana mak yg nak aku pergi berteman]. tujuan aku utk melawat my dear friend ina yg sedang menanggung sakit. dah lama. sejak 2006. menangis aku di kala mendapat tau sakitnya itu dulu. yg paling aku sedih sekali, ahad lepas bila aku bertanya khabarnya menerusi sms.

aku : salam ina apa khabar? still dok berubat kat trganu ka? apa perkembangan terbaru u?

dia : wslam kna. mkn chinese herb je. trganu tak gi dah. camni je lah. sakit macam dulu gak. bertahan je lah.

tiba2 aku sebak baca msg dia. tak tau kenapa. terus terlintas difikiran cuti raya cina ni aku nak melawat dia. selepas hampir 2 tahun aku tak berapa nak ambil tahu pasalnya dek kerana bz dengan study aku tu. alhamdulillah setelah 2 tahun weekend dihabiskan menghadiri kelas, belek buku n buat assignments. sekarang semuanya dah berlalu. inilah masa utk aku memperuntukkan masa utk mereka yg dekat di hati. temankan aku untuk segala tawa dan tangis.

No comments:

Post a Comment