Friday, November 20, 2009

sayu aka jiwa kacau

aku tak tau org lain bagaimana tapi aku mmg pantang sgt kalau dipaksa buat benda yg aku mmg tak suka nak buat. contohnya ayah aku call dari masjid suruh hantar gula dan kopi ke masjid. walaupun benda tu tiada apa bg setengah org tapi aku tak suka. tak suka kerana bila aku kena tonjolkan muka aku ni didepan kaum lelaki (walaupun mereka tu kawan2 ayah aku, pangkat pakcik dgn aku) sebenarnya sambil memandu ke masjid aku rasa marah dan macam nak nangis pun ada. kenapa aku diperlakukan seperti kanak2 je. walhal umur aku ni aku rasa berhak mendapat sedikit penghormatan sebagai individu dewasa. walaupun ia dari ayah aku sendiri. aku bukan lagi anak kecil yg boleh disuruh hantar itu ini. tengok tempatlah kalau nak suruh aku buat itu ini pun. aku terfikir adakah kawan2 ayah aku ada menyuruh anak perempuan mereka yg masih belum berkahwin menghantar sesuatu kepada mereka di masjid. masjid di kampung bukanlah besar mana. sementara menunggu waktu masuk, jemaah lelaki akan berkumpul diluar kaki lima masjid sambil bersembang apa yg patut, bayangkan semasa kereta aku masuk ke kawasan masjid pun semua mata dah memandang. pandangan tak putus kat situ sahaja seterusnya mereka dapat melihat aku yg keluar menjinjing beg plastik berisi gula dan kopi. malunya aku rasa seperti telanjang tak pakai baju bila diperhatikan! aku memang tengah marah ni. cara aku melepaskan rasa marah ini ialah dengan cara meluahkan perasaan aku yg sedang tak tenteram ini di sini.

dah la aku ditempat kerja tak berapa nak tenteram. fikiran aku berfikir2 bagaimana untuk bercakap seorang lelaki ni (pangkat adik dengan aku) yg dulu pernah offer diri untuk pergi bercuti dengan bersama. aku dah nak berhenti dari majikan sekarang jadi aku nak sangat sebelum aku pergi ke tempat kerja baru, aku nak ajak dia keluar makan bersama. bukanlah aku nak mencurahkan perasaan atau apa tapi aku nak buat sesuatu sebagai tanda yg aku suka dan senang dgn cara dia yg itu. ditempat kerja kami tak sempat nak bersembang perkara selain dari bab kerja. tujuan aku nak ajak dia keluar bersama adalah untuk kenal lebih rapat dengannya secara peribadi. aku menghargai cara dia pelawa diri untuk teman aku pergi bercuti. sebenarnya aku suka saat itu. tak pernah dalam hidup aku seorg lelaki pelawa dirinya untuk temankan aku pergi bercuti. walaupun rancangan untuk bercuti itu tak jadi tapi aku tetap menghargainya. bg aku itu antara ciri dia ikhlas berkawan. dia tak takut atau malu dgn pandangan org bila dia berjalan denagn seorang perempuan yg lebih tua darinya. mulut aku mmg kelu sgt nak ajak. tak pernh aku buat. walaupun berkali2 aku pujuk diri utk jd selamba kodok mengajaknya, tapi aku tak terkeluar dan tak tau bagaimana nak bertindak. huhh inilah aku dan kehidupan...

No comments:

Post a Comment